4 Fakta Menarik Tentang Kaabah

Pasti ramai yang ingin tahu fakta menarik yang jarang orang amik tahu tentang Kaabah. Ini dia 4 fakta menarik Kaabah:

  1. PENJAGA KUNCI
    🕋 Kaabah telah dijaga oleh keluarga Al-Sheibi dan tugas ini adalah tanggungjawab keturunan ini sejak abad ke-15. Kunci akan diwariskan kepada anggota keluarga paling tua.
     
  2. PEMBERSIHAN KAABAH
    🕋 Kaabah dibersihkan 2 kali setahun oleh keluarga Al-Sheibi ketika bulan Syaaban dan Zulkaedah. Campuran bersih diperbuat daripada air zam-zam, air mawar taif dan oud iaitu sejenis wangian.
     
  3. WARNA KISWAH BERUBAH
    🕋 Kiswah yang membaluti Kaabah sebenarnya pernah berwarna selain hitam. Ketika pemerintahan Abbasiyyah kiswah hitam diperkenalkan dan ia kekal sehingga kini.
     
  4. KAABAH DIBAIKPULIH
    🕋 Dianggarkan Kaabah telah dibaikpulih sebanyak 12 kali sejak dibina dan renovasi terbaru dilakukan pada tahun 1996 untuk menguatkan struktur Kaabah.

    Semoga Bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *