bacaan masa saie

Sama seperti waktu melakukan tawaf, tidak ada bacaan khusus ketika melakukan Sa’ie antara Safa dan Marwah. Terpulang anda nak berdoa, berzikir, berwirid, membaca Al-quran atau membaca doa yang ada dalam buku panduan pun boleh saja.

Anda juga boleh berdoa dengan apa-apa sahaja doa sama ada dalam bahasa arab atau bahasa sendiri. Apa sahaja doa yang baik-baik akan diterima oleh Allah Ta’ala.

Cuma ada satu doa setiap kali apabila sampai di lampu hijau disunatkan membaca:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الاَعَزُّ الاَكْرَمُ.
Ya Allah! Ampunilah, rahmatilah, maafkanlah, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Untuk yang kali pertama buat Umrah bersama agensi, tak perlu risau sebab biasanya Mutawwif akan bimbing anda dari awal sampai akhir.

Dan kena ingat juga, salah satu waktu mustajab berdoa ialah semasa tawaf dan saie.

Jadi nasihat saya, sebaiknya perbanyakkanlah berdoa semasa tawaf dan juga saie.

Wallahu Alam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *